Luqman Hakim mampu sehebat Mokhtar Dahari

Luqman Hakim Shamsudin mampu menjadi sehebat seperti legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sekiranya konsisten berada pada prestasi terbaiknya. Foto: FB Sportflex Malaysia
Luqman Hakim Shamsudin mampu menjadi sehebat seperti legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sekiranya konsisten berada pada prestasi terbaiknya. Foto: FB Sportflex Malaysia
A
A
A

BEKAS jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan percaya pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin mampu menjadi sehebat seperti legenda negara, Allahyarham Mokhtar Dahari sekiranya konsisten berada pada prestasi terbaiknya.

Lontaran itu diberi Wan Jamak susulan dua gol sumbangan Luqman Hakim yang membantu kemenangan 4-0 skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menewaskan Petaling Jaya City FC pada aksi persahabatan baru-baru ini.

“Kalau lihat perkembangan semasa dia, kita nampak dia berperanan sebagai machine goal.

“Dengan kualiti yang ada pada dirinya, saya percaya lawan sentiasa memerhati dan menggari gerakannya daripada bergerak untuk mencipta gol... pemain lawan sudah tentu akan buat terjahan keras yang berkemungkinan boleh membunuh karier Luqman.

“Dia macam permata dalam pasukan, kalau dia berjaya terus menjaringkan gol, kita boleh lihat Mohktar Dahari yang baharu atau pemain lagenda lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Jamak yang juga bekas pengendali Negeri Sembilan berharap Luqman Hakim dapat terus konsisten dan dapat bersaing dengan pemain lebih senior dan berusia daripadanya.

Tambahnya, dengan pengalaman yang ada pada Luqman Hakim di peringkat antarabangsa diharap juga dapat menjadikan dia sebagai pemain yang lebih matang.

“Apa pun perlu ingat aksi menentang PJ City itu tidaklah mempunyai tekanan tinggi dan itu beza dengan peringkat antarabangsa dan sekiranya Luqman hendak diletakkan dalam kesebelasan utama, ia perlu perancangan teliti daripada jurulatih kerana bimbang sekiranya dia (Luqman) gagal menampilkan aksi terbaik, ia jejaskan mentaliti dan psikologi.

Artikel Berkaitan:

“Luqman masih muda dan kita perlu lihat perkembangan dengan baik. Pemain muda memang sentiasa ghairah dan jurulatih harus berhati-hati memastikan masa depan yang baik kepada pemain seperti Luqman,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!