Lebah jadi sensasi internet
PARIS - Ternyata dunia media sosial kini bukan hanya untuk manusia, terkini lebah menjadi sensasi internet susulan kempen menyelamatkan haiwan berkenaan di seluruh dunia.
Akaun Instagram B, bee_nfluencer dikendalikan organisasi dermawan Perancis, Fondation de France dan mempunyai lebih 200,000 pengikut.
Organisasi terbabit terlibat dalam isu berkaitan perlindungan lebah dan antara fokus utama adalah menyelamatkan populasi lebah yang terancam dek racun serangga dan teknik perladangan intensif.
Muat naik di Instagram B turut memaparkan fakta menarik dan informasi tentang haiwan itu.
Selain itu ia turut mengumpul dana bagi menyelamatkan lebah yang juga memainkan peranan penting sebagai agen pendebungaan aktif. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!