Lelaki mati selepas disahkan sihat untuk bekerja

Dia diisytiharkan meninggal dunia selepas paramedik tiba di pusat pekerjaan itu. FOTO: Google Maps
Dia diisytiharkan meninggal dunia selepas paramedik tiba di pusat pekerjaan itu. FOTO: Google Maps
A
A
A

LIANELLI - Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang menunggu giliran temu janji di sebuah pusat pekerjaan di selatan Wales.

Dia ditemui rebah di kerusi kira-kira jam 9.30 pagi pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, lelaki berusia 65 tahun itu telah diisytiharkan sihat untuk bekerja dan datang ke pusat itu bagi membincangkan elaun 'Jobseeker's'.

Kakitangan dan pelanggan pusat itu segera membantunya dan menghubungi ambulans namun pihak perubatan mengesahkan kematiannya.

Menurut saksi, lelaki itu menghidap kencing manis dan jelas sakit tetapi diisytiharkan sihat oleh pusat pekerjaan tersebut.

"Kami semua sangat terkejut. Keadaan ini sangat dahsyat yang sepatutnya tidak patut berlaku. Pusat pekerjaan ini perlu ditutup," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!