Pokcik Daud ditemukan mati
PASIR PUTEH - Seorang warga emas yang dipercayai hilang sejak semalam selepas tidak pulang ke rumah ditemukan meninggal dunia berhampiran semak di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang pagi tadi.
Mayat, Daud Mamat, 73, ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira jam 11 pagi tadi selepas usaha mencari digerakkan sejurus dia hilang.
Anak mangsa, Mahusin Daud, 56, berkata, mayat ayahnya dibawa ke Hospital Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam gerakkan mencari ayah," katanya.
Menurutnya, Allahyarham ayah dikhuatiri hilang selepas keluar dari kawasan rumah pada jam 11 pagi semalam.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Daud dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Awang dekat sini sejak semalam.
Anaknya, Mahusin Daud, 56, berkata, kali terakhir ayahnya dilihat berada di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang.
"Gerakan itu dibuat selepas memikirkan keadaan ayah yang mempunyai penyakit nyanyuk," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Di mano pokcik Daud?
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!