Tular pemuda punk mengaji al-Quran

Pemuda Punk mengaji al- Quran. - Foto Facebook Tasawuf Underground
Pemuda Punk mengaji al- Quran. - Foto Facebook Tasawuf Underground
A
A
A

JAKARTA - Tular di laman sosial beberapa foto memaparkan beberapa pemuda dipenuhi tatu di anggota badannya membaca al-Quran di bawah jambatan di Jakarta, Indonesia.

Facebook Tasawuf Underground berkongsi kisah para pemuda punk sedang mempelajari dan mengenali al-Quran dari huruf hingga ke keseluruhan kitab suci itu.

Halim Ambiya memberitahu, meskipun pahit namun hasilnya akan manis jika taat dan terus beristiqamah untuk belajar al-Quran.

Beliau antara tenaga pengajar memberitahu, tiga pemuda dikenali Dini, Asep dan Dkk dari kumpulan punk di Lambung menjadi muridnya untuk mendalami Islam.

"Mereka, anak-anak punk di jalanan di bawah jambatan, stesen Tebet, Jakarta Selatan.

"Adakalanya mereka ini berputus asa namun saya titipkan kesungguhan dalam latihan batin, tekad harus kuat, fokus, agar semua berhasil. Jangan menyerah!." tulisnya.

Pemuda Punk sedang mempelajari dan mengenali al-Quran dari huruf hingga ke keseluruhan kitab suci itu. - Foto Facebook Tasawuf Underground
Pemuda Punk sedang mempelajari dan mengenali al-Quran dari huruf hingga ke keseluruhan kitab suci itu. - Foto Facebook Tasawuf Underground

Dalam pada itu beliau turut berpesan agar terus mengamalkan zikir kerana mempunyai pahala yang besar dan membuka mata hati qalbu.

Artikel Berkaitan:

Netizen yang tersentuh hati perkongsian itu turut menyokong usaha murni pihak tersebut kerana sanggup turun padang bertemu anak-anak punk, masyarakat yang dahagakan bimbingan agama.

Kata Fixie Berdikari, "Semoga senantiasa diberkati ustaz," tulisnya.

"Semoga bertambah banyak lagi insan yang mendapat cahaya hidayah iman. Kalam hikmah ilmu yang Ustaz tularkan, semoga menjadi cahaya di kalbu yang telah lama mati." tulis KakDin Saif.

Tambah, Muhammad Fathir, "Siapa lagi yang fikirkan kalau bukan kita semua, mereka perlu kebahagiaan tapi mereka belum tahu kalau kebahagiaan yang sesungguhnya ada dalam perintah ALLAH SWT dan Rasulullah."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!