'Jalan raya bukan tong sampah'

Azham mengutip sampah itu sebelum menyelitkan di pengelap cermin kereta tersebut.
Azham mengutip sampah itu sebelum menyelitkan di pengelap cermin kereta tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Apabila bercakap mengenai kebersihan, perkara pokok yang perlu ditangani adalah sikap masyarakat itu sendiri terhadap pengurusan kebersihan.

Tidak dinafikan ada negara maju yang mengambil masa ratusan tahun untuk menerapkan budaya mementingkan kebersihan dan alam sekitar dalam kalangan rakyatnya.

Namun tindakan seorang lelaki dikenali Azham Aizad wajar diberi pujian apabila membantu memberi kesedaran kepada individu yang tidak memiliki sivik.

Video durasi 54 saat dimuat naik di Facebook miliknya mencuri perhatian netizen yang rata-rata menyokong usaha lelaki tersebut dalam menangani isu kebersihan.

Rakaman dari papan pemuka kereta atau 'dashcam' itu menunjukkan seorang penumpang di belakang sebuah kenderaan membuang sampah di jalan raya ketika mereka terperangkap kesesakkan lalu lintas.

Azham dikatakan kurang senang dengan perbuatan individu itu lalu keluar dari kenderaannya dan mengutip semula sampah tersebut.

Bukan itu sahaja, Azham juga dilihat menyelitkan sampah yang dibuang di pengelap cermin kereta berkenaan sebelum kembali semula ke keretanya.

Menerusi komen, kata Azham, sebenarnya rakyat Malaysia masih ramai yang ambil peduli dan memiliki sikap sivik.

Artikel Berkaitan:

"Ramai juga 'alert' dan benci sifat suka buang sampah merata ni," katanya.

Video yang meraih lebih 5,100 tontonan itu mendapat pujian dari netizen dan tidak kurang mengecam perlakuan individu yang tidak malu membuang sampah merata-rata.

Kata Vincent Wong, "Jalan raya bukan tong sampah!"

"Terbaik bro, kereta besar tak bermakna boleh buat suka hati atas jalan raya. Sampah buang dalam tong sampah bukan atas jalan raya," kata Lim Zihan.

Mohd Taufiq berkata, "Respect la bang! Malaysia need more people like u!!"

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!