Hajat ke tandas terbantut jumpa ular sawa 60kg

Anggota APM Kangar memegang ular sawa sepanjang 4.87 meter yang berjaya ditangkap.
Anggota APM Kangar memegang ular sawa sepanjang 4.87 meter yang berjaya ditangkap.
A
A
A

KANGAR - Hajat seorang lelaki untuk ke tandas yang terletak di luar kawasan rumahnya terbantut apabila ternampak seekor ular sawa seberat 60 kilogram di dalam semak berhampiran tandas.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kangar, Leftenan (PA) Mohamad Shaid Elias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 pagi semalam dan bergegas ke lokasi kejadian di Kampung Gunung Medan, Utan Aji.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, pihaknya cuba menangkap ular tersebut namun gagal kerana ia bertindak agresif dan pihaknya telah meminta bantuan daripada APM daerah Arau.

"Ular sepanjang 4.87 meter tersebut berjaya ditangkap dalam tempoh 20 minit dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan," katanya.

Ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.
Ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan.

Beliau dimaklumkan, ular berkenaan turut memakan kucing peliharaan penduduk yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan lain, APM turut merekodkan 90 kes penangkapan pelbagai jenis ular bermula 1 November hingga hari ini.

"Hal ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas menyebabkan ular berpindah untuk mencari bekalan air.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang berdepan situasi kecemasan diminta untuk menghubungi pihak kami di talian 999," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!