'Biar rakyat nilai...'

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membidas tindakan beberapa Ahli Parlimen daripada kedua-dua parti mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pertemuan yang diadakan selepas kekalahan teruk PH di Tanjung Piai seolah-olah mengkhianati amanah rakyat.

Tegas beliau, pertemuan itu juga memberikan mesej negatif kepada PH dan juga rakyat.

“Pertemuan dengan pimpinan UMNO, biar rakyat menilai. Selepas kekalahan teruk PRK Parlimen Tanjung Piai tapi kita ada seorang Naib Presiden PH yang buat pertemuan dengan pimpinan UMNO.

“Saya pun tiada bukti jelas, berita ini hanya berlegar melalui WhatsApp. Jadi, rakyat nilailah,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpendapat tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO pergi ke rumah Mohamed Azmin tanpa memaklumkan kepimpinan parti adalah tidak tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa Azmin hadir mesyuarat, beri penjelasan

“Kita dah buat ketetapan di peringkat tertinggi, sebarang perjumpaan, perbincangan dengan pihak luar, pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan dengan parti, hanya presiden saja diberi mandat.

Artikel Berkaitan:

“Hanya presiden diberi mandat untuk bercakap mewakili parti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!