'Bubar Parlimen, kembalikan mandat rakyat'

Paparan Facebook Isham Jalil
Paparan Facebook Isham Jalil
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil menyarankan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membubarkan Parlimen dan kembalikan mandat di tangan rakyat untuk menentukan pemimpin pilihan mereka.

Beliau juga menyelar tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar yang menggunakan 'usaha' orang lain sebagai jalan pintas untuk menjadi Perdana Menteri.

"Bubar sahajalah Parlimen, Tun. Kalau Anwar hendak sangat jadi PM, biar dia usaha sendiri dalam pilihanraya.

"Bukan jadi PM dengan cara jalan belakang dan atas usaha orang lain. Sebelum ini dia dah cuba empat kali dalam pilihan raya umum (PRU) tapi kalah," katanya di paparan Facebooknya hari ini.

Menurutnya, biar rakyat menentukan nasib beliau Presiden PKR sekarang dan juga Ahli Parlimen Port Dickson

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!