Solidariti global dengan wartawan Palestin

Pembaca berita Palestine TV turut menampal mata kiri mereka sebagai tanda solidariti dengan Amarneh.
Pembaca berita Palestine TV turut menampal mata kiri mereka sebagai tanda solidariti dengan Amarneh.
A
A
A

RAMALLAH - Kejadian seorang jurugambar bebas Palestin cedera ditembak pada mata ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat pada Jumaat lalu mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Kebanyakan wartawan di seluruh dunia dilaporkan turut berkongsi gambar mereka menutup atau menampal mata sebagai tanda solidariti dengan Muath Amarneh, 35, yang kini dirawat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmaqis.

Kempen atas talian menggunakan hashtag #MuathEye, #EyeofTruth dan #MuathAmarneh turut dilancarkan selepas video dan gambar Amarneh dibawa dengan keadaan mata kirinya berdarah menjadi tular.

Ketika insiden itu, kumpulan penunjuk perasaan dikatakan mengadakan bantahan terhadap tindakan rejim Zionis merampas tanah milik penduduk Palestin.

Rakan sekerja Amarneh memberitahu tentera Israel sememangnya menyasarkan tembakan terhadapnya walaupun dia memakai jaket tertera tulisan media namun dinafikan rejim Zionis.

Sementara itu, ahli keluarga wartawan foto itu memaklumkan mata kirinya mungkin tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang akibat kecederaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!