15 maut letupan lombong arang batu
SHANXI - Sekurang-kurangnya 15 maut dalam insiden letupan di sebuah lombong arang batu di wilayah Shanxi, China semalam.
Menurut agensi berita Xinhua, sembilan mangsa lain dilaporkan cedera akibat letupan gas di lombong milik Shanxi Pingyao Fengyan Coal & Coke Group Co.
Xinhua melaporkan 35 pekerja lombong bekerja di bawah tanah ketika letupan berlaku namun 11 yang lain berjaya menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, pekerja lombong yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pegawai Pentadbiran Keselamatan Lombong Arang Batu Shanxi, Shen Xuping berkata, insiden itu mendedahkan kurangya kesedaran tentang peraturan dan pengurusan lemah syarikat yang terbabit.
Menurutnya, insiden berlaku disebabkan akitivit yang melanggar undang-undang dan peraturan namun pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kejadian. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!