Taufan Kalmaegi dijangka landa Filipina

Taufan Kalmaegi dijangka melanda utara Filipina dengan kekuatan angin mencecah 120 kilometer sejam. - Gambar hiasan
Taufan Kalmaegi dijangka melanda utara Filipina dengan kekuatan angin mencecah 120 kilometer sejam. - Gambar hiasan
A
A
A

MANILA - Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing susulan Taufan Kalmaegi yang dijangka membadai utara Filipina lewat hari ini.

Agensi perkhidmatan cuaca berkata, Taufan Kalmaegi dijangka melanda dengan kekuatan angin mencecah 120 kilometer sejam.

Hujan lebat turut diramal menyebabkan air sungai melimpah, menyekat laluan jalan raya dan mengancam komuniti di kawasan rendah wilayah Cagayan di mana pihak berkuasa mengarahkan penduduk untuk pergi ke pusat perlindungan.

"Kami menjangkakan banyak pokok tumbang dan kediaman berkemungkinan ditenggelami banjir, " kata Ketua Polis Wilayah, Ariel Quilang kepada AFP.

Dalam pada itu, ribut tropika kedua dijangka membadai wilayah sama menjelang Khamis ini.

Filipina secara purata dilanda kira-kira 20 ribut dan taufan setiap tahun yang meragut ratusan nyawa dan memusnahkan banyak kawasan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!