200 keldai sampah 'bersara'

Secara purata, keldai akan mengangkut 280 tan sampah di seluruh bandar yang mempunyai kepadatan penduduk 500,000 orang.
Secara purata, keldai akan mengangkut 280 tan sampah di seluruh bandar yang mempunyai kepadatan penduduk 500,000 orang.
A
A
A

MEXICO CITY - Lebih 200 ekor keldai akan 'bersara' setelah bertahun-tahun bekerja mengangkut sehingga 300 tan sampah setiap hari.

Ini setelah pihak berkuasa tempatan menamatkan perkhidmatan haiwan itu dan menggantikannya dengan lori sampah.

Datuk Bandar Coalcalco, Darvin Eslava berkata, khidmat keldai dihentikan setelah pihak berkuasa tempatan menyewa 40 trak sampah.

Selama bertahun-tahun, pekerja pembersihan di bandar mengangkut sampah dengan gerabak yang ditarik oleh keldai.

Secara purata, haiwan itu akan mengangkut 280 tan sampah di seluruh bandar yang mempunyai kepadatan penduduk 500,000 orang.

Mulai 1 Disember, trak sampah yang baru diperkenalkan ini berupaya mengangkut 480 tan sampah.

Pelan baru ini juga akan membuka 400 peluang pekerjaan baru dan pekerja yang mengendalikan 'gerabak sampah keldai' akan diberikan keutamaan.

Seorang pegawai kerajaan berkata, keldai yang bersara akan menerima rawatan oleh doktor haiwan dan akan diberi terapi.

Artikel Berkaitan:

Menurut seorang Pegawai Coacalco, keldai itu akan ditempatkan di pusat perlindungan yang memiliki 40 ekor keldai lain di Burrolandia Mexico, satu-satunya tempat perlindungan yang melindungi haiwan itu di Amerika Latin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!