'Wanita terkaya' Pakistan pakai tomato di hari perkahwinan

Seorang pengantin perempuan yang memilih untuk menggunakan tomato sebagai aksesori di hari perkahwinannya digelar 'wanita terkaya' di Pakistan.
Seorang pengantin perempuan yang memilih untuk menggunakan tomato sebagai aksesori di hari perkahwinannya digelar 'wanita terkaya' di Pakistan.
A
A
A

LAHORE - Perhiasan emas dan permata sering menjadi pilihan aksesori di hari perkahwinan namun seorang pengantin perempuan di Pakistan memilih untuk memadankan busana perkahwinannya dengan tomato.

Kedengaran pelik namun klip video sebuah saluran televisyen tempatan menemuramah pengantin tersebut kini tular di media sosial.

Klip temuramah terbabit dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang wartawan bernama Naila Inayat dengan kapsyen berbunyi, 'Barang kemas tomato. Sekiranya anda fikir anda telah melihat segalanya dalam kehidupan'.

Dalam klip tersebut, pengantin perempuan dilihat menggayakan tomato yang harganya kini mencecah kira-kira 300 rupee (RM8) sekilo sebagai perhiasan kepala, rantai leher dan juga rantai tangan.

"Seperti yang anda tahu, harga emas amat tinggi begitu juga dengan harga tomato dan kacang pain.Oleh itu saya memutuskan untuk menggunakan tomato dan bukannya emas," kata pengantin itu dalam video terbabit.

Ditonton lebih 24,000 kali, muat naik tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menganggap ia sebagai idea inovatif malahan ada yang menggelar pengantin berkenaan 'wanita terkaya' di Pakistan.

Kenaikan tinggi harga tomato adalah disebabkan tindakan Pakistan melarang import buah berkenaan dari Iran, Afghanistan dan India. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!