Naik taraf Pasir Gudang sebagai bandar raya ketiga di Johor - MB

Osman Sapian
Osman Sapian
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor kini dalam pendekatan untuk menaiktaraf Pasir Gudang sebagai bandar raya ketiga di negeri ini, selepas Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Pasir Gudang bukan sahaja berpotensi untuk dijadikan sebuah kawasan bandar raya, malah ia sudah membangun sejak sekian lama.

Menurutnya, kawasan tersebut yang mempunyai populasi penduduk lebih 300,000 sudah memenuhi kriteria untuk di naik taraf sebagai bandar raya.

"Sekarang memang sudah sesak di sana, dan juga kita dalam pendekatan untuk menaik taraf Pasir Gudang sebagai bandar raya yang ketiga di Johor.

"Bermakna kalau kita (kerajaan negeri) sudah beri iktiraf sebagai bandar raya, (Pasir Gudang) sudah memenuhi kriteria untuk kita naik taraf sebagai bandar raya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Medan Selera Iskandar Malaysia di Taman Nusa Perintis, di sini hari ini.

Osman berkata, kerajaan negeri sedang merancang dan juga akan terus membangunkan Pasir Gudang.

"Kita ada juga menerima pelabur-pelabur asing untuk melabur di kawasan Pasir Gudang, di mana tempat-tempat yang masih belum lagi dimajukan.

"Begitu juga tentang projek-projek perumahan. Pembangunan tetap berjalan seperti biasa dan insya-ALLAH Pasir Gudang akan menjadi bandar raya dalam masa terdekat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!