Pinda Akta Racun 1952: AADK jumpa ahli Parlimen dalam masa terdekat

Zulkifli melawat ladang ketum milik seorang pengusaha di Kampung Pematang Bonglai di sini hari ini.
Zulkifli melawat ladang ketum milik seorang pengusaha di Kampung Pematang Bonglai di sini hari ini.
A
A
A

JERLUN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan mengadakan pertemuan bersama sejumlah ahli Parlimen dalam masa terdekat sebelum pindaan Akta Racun 1952 dibahas di Parlimen.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sebelum ini pihaknya telah memberi penerangan dan penjelasan kepada ahli Parlimen sebagai gambaran awal kepada pindaan akta terbabit.

Katanya, pemahaman dan sokongan daripada ahli Parlimen sangat diperlukan untuk memastikan undang-undang baharu itu diluluskan bagi membanteras penyalahgunaan ketum di negara ini.

"Kalau sebelum ini Akta Racun 1952 tidak menyebut kesalahan menanam ketum, tetapi dalam pindaan ini akan dimasukkan seksyen baru yang akan menyebut kesalahan menanam (tanaman ketum), eksport dan juga jual beli.

"Saya harap dengan penerangan yang kita beri ini ahli Parlimen di Kedah, Perlis dan lain negeri juga akan beri sokongan penuh dalam perbahasan usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi sesi kali ini," katanya, kepada media selepas Majlis Dialog Ketua Pengarah AADK bersama pengusaha ketum Kedah Perlis di Giat Mara Jerlun di sini hari ini.

Menurutnya, AADK memerlukan suatu undang-undang yang jelas untuk memudahkan kawalan dan tindakan dalam isu penanaman ketum.

"Sekarang ini tanpa undang undang sukar kita (AADK) nak kawal dengan berkesan, dengan ada undang itu nanti, Insya-ALLAH lebih mudah untuk kita kawal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Zulkifli (dua dari kanan) melawat ladang ketum milik seorang pengusaha di Kampung Pematang Bonglai di sini hari ini.
Zulkifli (dua dari kanan) melawat ladang ketum milik seorang pengusaha di Kampung Pematang Bonglai di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli turut menzahirkan keterujaan dengan kehadiran 52 pengusaha ketum Kedah dan Perlis dalam sesi dialog berkenaan.

"Ini membuktikan mereka ikhlas untuk berubah selain ada juga beberapa pengusaha yang telah mula menanam tanaman lain sejak tiga tahun lalu," katanya.

Menurutnya, kerajaan sensitif terhadap keperitan rakyat dan selain cadangan tanaman baharu, isu benih tanaman dan hasil jualan akan dibawa ke peringkat atasan.

“"Kita akan pastikan semua agensi terbabit dapat membantu pengusaha ketum meningkatkan pendapatan menerusi tanaman baharu seperti kelapa pandan dan sayur-sayuran," katanya.

Terdahulu, Zulkifli meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat ladang ketum di Kampung Pematang Bonglai di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!