Pakatan Harapan lemah dalam komunikasi: Dr Mahathir

Dr Mahathir - Foto Bernama
Dr Mahathir - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kelemahan komunikasi yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan kejayaan-kejayaan dicapai pihaknya dalam tempoh pentadbiran yang singkat tidak disampaikan sebaiknya.

Beliau menjelaskan, jika dibandingkan kejayaan dicapai dalam tempoh hampir dua tahun, ianya adalah satu pencapaian di luar jangkaan.

"Satu daripada masalah yang kerajaan ini hadapi adalah kelemahan dari sudut komunikasi dan memberitahu akan kejayaan yang berjaya kita lakukan.

"Jika dilihat sebenarnya kerajaan PH berjaya membuat perubahan lebih baik daripada mana-mana kerajaan yang lain dengan tempoh pentadbiran hampir dua tahun ini, contohnya seperti peningkatan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang lebih baik daripada kerajaan sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, dalam tempoh setahun lapan bulan di bawah kepimpinannya, perubahan telah dibuat khususnya dalam menangani isu rasuah bagi menjadikan kerajaan lebih berkesan dalam urusan pentadbiran.

"Sudah tentu kita dapat kurangkan amalan rasuah walaupun ini menimbulkan perasaan tak senang oleh mereka, yang dulu dapat bantuan rasuah.

"Kita (berjaya) kurangkan di peringkat atasan melibatkan berbilion ringgit, sekarang tidak ada. Di peringkat bawahan masih ada berlaku tetapi amat berkurangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!