Burung hantu ditangkap berlegar dalam dewan
RAUB - Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam menangkap sepasang burung hantu di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob berkata, seramai enam anggota dari balai terbabit ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam mengenai kehadiran spesies terbabit yang ditemui sedang duduk di para dewan dan belakang kerusi dalam kejadian kira-kira jam 11.32 pagi.
Menurutnya, kedua-dua burung terbabit yang turut berlegar-legar di dalam dewan itu berjaya ditangkap menggunakan jaring dan tangan.
"Burung terbabit kemudiannya dilepaskan di lokasi selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!