KPDNHEP Selangor lupus barang kes RM6.4 juta

Zikril (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dilupus di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja, Klang.
Zikril (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dilupus di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja, Klang.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai RM6.4 juta membabitkan 323 kes sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, antara barangan itu ialah baju, beg tangan, dompet, kasut, jersi, arak dan lain-lain.

"Kesemua barangan adalah kes rampasan melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Pelindungan Pengguna 1999, dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Zikril (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dilupus di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja, Klang.
Zikril (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dilupus di Stor Simpanan Ekshibit Bukit Raja, Klang.

Beliau berkata, terbaru pihaknya melupuskan barang kes bernilai RM293,521 membabitkan lapan kes.

Menurutnya, KPDNHEP memberi amaran kepada individu atau syarikat supaya tidak melanggar undang-undang khususnya membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan bagi mengelak dikenakan tindakan.

"KPDNHEP Selangor akan terus menjalankan terhadap premis yang didapati menjual barangan tiruan.

"Pengguna juga dinasihatkan tidak membeli barang tiruan kerana produknya tidak berkualiti selain sebagai inisiatif melindungi harta intelek pemilik asal cap dagang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!