Pertumbuhan ekonomi dan perlindungan sosial perlu selari

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2019 anjuran KWSP dan Perasmian Malaysia@Work hari ini.
 - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2019 anjuran KWSP dan Perasmian Malaysia@Work hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertumbuhan ekonomi dan perlindungan sosial perlu selari bagi memastikan kemajuan yang mampan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau berusaha untuk mencapai kemajuan ekonomi, pemimpin negara perlu terus memikirkan dan menilai semula apa yang dimaksudkan dengan usaha untuk menyediakan perlindungan sosial yang mencukupi.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua rakyat di bawah kepimpinannya dapat menjalani kehidupan yang bermakna," katanya.

"Walaupun keajaiban infrastruktur dan pencapaian digital dapat meningkatkan profil negara pada mata dunia, ia tidak boleh dilakukan sehingga boleh menjejaskan ekosistem yang rapuh,"

"Kita mesti sentiasa menimbang kesan yang dibawa oleh kemajuan berterusan, sebagai contoh,menyumbang kepada kesan buruk kepada perubahan iklim," katanya ketika merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019, di sini hari ini.

Oleh itu katanya, ketika negara berkembang dan jumlah penduduk semakin meningkat, kewajipan pemimpin untuk mewujudkan persekitaran yang memberangsangkan dan maju untuk rakyat Malaysia, akan menjadi lebih kompleks.

Sebaliknya, beliau berkata majikan dan pekerja berhadapan dengan cabaran yang hampir mustahil apabila perlu membuat penyesuaian pantas untuk bersaing dengan permintaan manusia dan digital dalam pasaran baharu.

"Inilah masa yang sangat mencabar. Jika kita yang mampu dari segi kewangan pun mendapati kesukaran untuk mengekalkan operasi perniagaan, bayangkan tekanan hidup yang semakin meningkat yang perlu ditempuhi mereka yang baru tamat persekolahan, berada dalam kumpulan B40, atau bersara, "katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh membiarkan kekecewaan ekonomi membawa kepada konflik dan pergolakan.

"Kita perlu melihat tempat seperti Hong Kong, Beirut dan Santiago untuk melihat bagaimana golongan belia yang kecewa terhadap ekonomi, mencetuskan konflik dan gangguan, memburukkan lagi kedudukan ekonomi yang sudah pun tidak stabil," katanya.

Katanya, dalam pada Malaysia berusaha untuk menjadi negara maju, kerajaan mesti memastikan kemakmuran yang perolehnya dikongsi bersama, tanpa membelakangkan sesiapa.

"Untuk itu, kita mesti meluangkan masa untuk membantu mereka yang terdedah ini, terutama generasi muda, bagi mewujudkan pekerjaan yang berkualiti dan bermaruah," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!