Sidang DUN Melaka kecoh gara-gara babi

Norhizam ketika berperang mulut dengan Idris ketika persidangan ketiga bajet, penggal kedua DUN Melaka ke-14.
Norhizam ketika berperang mulut dengan Idris ketika persidangan ketiga bajet, penggal kedua DUN Melaka ke-14.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Hari keempat persidangan ketiga bajet, penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 sekali lagi bertukar kecoh sehingga Speaker terpaksa merehatkan dewan 14 minit awal.

Suasana kecoh itu berlaku apabila Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Asas Tani, Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP-Pengkalan Batu) menjawab soalan tambahan Datuk Guek Teck (PKR-Klebang) mengenai bila operasi memburu babi hutan selesai sebelum Norhizam menjawab sebanyak 479 ekor babi hutan telah ditembak pada tahun ini sehingga Oktober lalu.

Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) kemudian mencelah agar kerajaan negeri Melaka lebih sensitif untuk menjaga hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kedua negara seperti isu babi dari Sumatera sebelum Norhizam berbalas perang mulut.

"Ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia yang mana mereka (Indonesia) marah isu babi pun nak dikaitkan dengan mereka.

"Speaker, macam ini ke cara Exco kerajaan negeri menjawab soalan sudah terang-terangan merendahkan taraf Dewan Melaka," katanya.

Speaker kemudian berseloroh dan mengisytiharkan Norhizam sebagai juara penembak babi negeri Melaka bagi meredakan perbalahan di antara Idris dan Norhizam selain beberapa wakil rakyat bertepuk tangan termasuk beberapa wakil rakyat pembangkang berdiri setelah mendengar pengisytiharan itu.

Perbalahan bersambung semula antara kedua-dua wakil rakyat itu sebelum Speaker terpaksa merehatkan persidangan 14 minit awal pada sesi pagi.

ARTIKEL BERKAITAN Melaka usaha kawal populasi babi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!