Pahang tetap kuat kuasa tulisan jawi di semua premis tahun depan
KUANTAN - Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang akan tetap dikuatkuasakan bermula 1 Januari tahun hadapan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abd Rahim Muda berkata, kerajaan negeri tidak akan memberikan tempoh lanjutan selepas tempoh berkenaan diberikan.
"Peniaga perlu mematuhi arahan pelaksanaan tulisan jawi pada semua papan tanda dan iklan di premis perniagaan sehingga 31 Disember ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR- Teruntum) meminta tempoh tempoh pelaksanaan itu dilanjutkan pada Mac tahun ketika sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang hari ini.
Chon Siang berkata, tempoh lanjutan tersebut perlu kerana papan tanda dan iklan gagal disiapkan oleh pengusaha iklan dalam tempoh yang terlalu singkat.
Abd Rahim bagaimanapun berkata, pemilik premis yang ingkar atau gagal mempamerkan tulisan jawi akan dikenakan tindakan kompaun.
"Tampal sahaja.. tidak perlu iklan baharu dan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) boleh membantu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN Premis gagal pamer tulisan jawi di Kuantan akan dikompaun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!