Wisma, kedai elektrik terbakar
KOTA BHARU - Bangunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPK) Kelantan dan sebuah kedai elektrik di Jalan Mahmud di sini hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kejadian membabitkan wisma tiga tingkat dan kedai itu disedari berlaku pada jam 2 pagi dan bomba menerima panggilan pada 2.04 pagi.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Bharu, Zaini Bidin berkata,
sebaik tiba api marak di bahagian tingkat tiga bangunan itu.
”Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan operasi tamat pada jam 5.22 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 37 anggota termasuk pegawai dari Balai Kota Bharu, Kota Darul Naim dan Tunjung bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran memusnahkan 80 peratus bangunan kegunaan aktiviti wanita terbabit. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!