Peralihan kuasa perlu dilakukan secara aman: Anwar

Anwar mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya di sini hari ini.
Anwar mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Peralihan kuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu dilakukan secara aman dan teratur, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebooknya, Anwar menegaskan peralihan kuasa itu juga perlu dilakukan dalam tempoh yang munasabah dan mendapat persefahaman bersama.

"Pendirian Dr Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh PH dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama 30 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, mereka berdua turut bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

"Kami juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama saya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat lain," jelas beliau.

Selain itu, Anwar berkata, Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.

Baru-baru ini kecoh apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di kediaman rasminya di Presint 10, Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Pertemuan itu didakwa diadakan bagi mendapatkan sokongan ahli parlimen terbabit untuk menggagalkan peralihan kuasa Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M, Anwar sependapat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!