Henti kecam Mat Sabu

Tajuddin (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Pengerusi kepada pelajar terbaik TIC, Muhammad Naim Mat Jalil sempena Majlis Konvokesyen ke-8 TIC.
Tajuddin (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Pengerusi kepada pelajar terbaik TIC, Muhammad Naim Mat Jalil sempena Majlis Konvokesyen ke-8 TIC.
A
A
A

IPOH - Semua pihak dinasihatkan berhenti daripada terus mengecam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkaitan isu penangkapan anaknya oleh pihak polis berkaitan kes dadah.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sebagai ibu bapa tiada sesiapa yang mahu ahli keluarganya terjebak dengan kegiatan jenayah.

Katanya, bagaimanapun perkara itu tidak dapat dielak dan boleh berlaku kepada sesiapa tidak semestinya pemimpin.

"Benda macam ini tidak dapat dijangka. Kita tidak boleh kata anak-anak orang besar sama ada menteri mahupun anak tok imam terjamin tidak terlibat (dadah).

"Seperti mana beliau mahu melihat rakyat dalam keadaan baik, begitu juga dia mahu perkara sama untuk anaknya," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-8, Kolej Antarabangsa TAJ (TIC) di sebuah hotel, di sini.

Terdahulu, Mohamad dalam kenyataannya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat berhubung penahanan anaknya di pusat hiburan semalam.

Sementara itu, Tajuddin berkata, orang ramai tidak sepatutnya menjadi isu itu sebagai alasan untuk mengecam pemimpin PH tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tidak ada keperluan mahupun manfaat kepada orang ramai jika mereka berterusan mengutuk perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan polis.

"Budak-budak yang telah tersasar, kita jangan campak dia, jangan kecam. Kita cari langkah yang positif untuk memulihkan dia. Kita tidak dapat faedah jika terus kecam dan mengutuk.

"Biar undang-undang yang tentukan sama ada dia bersalah atau tidak selain kita mengambil langkah-langkah pencegahan agar perkara sama tidak berulang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!