Makmal proses ketum di sebalik rumah kedai

Peralatan memproses air ketum dirampas. - Foto Ihsan IPD Gombak
Peralatan memproses air ketum dirampas. - Foto Ihsan IPD Gombak
A
A
A

GOMBAK - Rumah kedai yang dijadikan makmal pemprosesan ketum di Taman Industri Boltan di sini diserbu sepasukan polis malam semalam.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, aktiviti yang beroperasi di premis berkenaan terbongkar selepas sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, polis menahan seorang suspek yang berada di hadapan pintu premis berkenaan bersama dua bungkusan plastik besar lut sinar disyaki air ketum.

Peralatan memproses air ketum yangdirampas. - Foto Ihsan IPD Gombak
Peralatan memproses air ketum yangdirampas. - Foto Ihsan IPD Gombak

"Suspek itu ditahan sebelum sepasukan polis melakukan pemeriksaan di tingkat atas premis tersebut.

"Unit tersebut didapati digunakan untuk memproses air ketum.

"Seramai empat lelaki yang berada dalam premis itu turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan menemui 50 bungkusan plastik disyaki air ketum yang siap diproses.

Artikel Berkaitan:

Air ketum yang siap dibungkus untuk dijual kepada pelanggan. - Foto Ihsan IPD Gombak
Air ketum yang siap dibungkus untuk dijual kepada pelanggan. - Foto Ihsan IPD Gombak

"Terdapat bungkusan besar plastik hitam disyaki mengandungi hampas warna hijau disyaki daun ketum yang telah dimasak dan empat bungkusan plastik disyaki mengandungi daun ketum yang belum dimasak.

"Siasatan awal mendapati suspek telah beroperasi hampir sebulan lebih di premis tersebut," katanya.

Katanya, kesemua lima suspek ditahan sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!