Lelaki tinggal isteri, bawa lari duit loteri
SAMUT PRAKAN - Seorang wanita Thailand membuat laporan polis selepas suaminya melarikan diri bersama wang kemenangan loteri berjumlah 6 juta baht (RM825,896).
Pornthida Chamnanwet dari wilayah Ubon Ratchathani yang memfailkan aduan Ahad lalu berkata, dia dan suaminya, Wijak Wannaprasit membeli dua tiket loteri kerajaan dan salah satu tiket tersebut terpilih dalam cabutan.
Pornthida, 23, dan Wijak, 34, dilaporkan mendaftarkan kemenangan mereka di balai polis sebelum pulang ke rumah.
Pada awalnya, pasangan suami isteri yang bekerja kilang itu bersetuju membahagikan sama rata wang kemenangan namun kemudian suaminya berkata, Pornthida hanya akan mendapat 2 juta baht (RM275,299).
Mereka kemudian bertengkar dan Wijak keluar rumah bersama tiket tersebut.
Pornthida kini mahu polis menghalang suaminya daripada menunaikan tiket tersebut selain meminta Pejabat Loteri kerajaan menyekat pembayaran. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!