Harimau Muda mampu gegar Filipina!

Antara pemain-pemain B-22 yang membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA 2019. - Foto Facebook FAM
Antara pemain-pemain B-22 yang membawa cabaran negara di pentas Sukan SEA 2019. - Foto Facebook FAM
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yakin dengan kemampuan skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.

Prestasi barisan pemain sepanjang kem latihan pusat bermula 4 November lepas serta keputusan positif diraih dalam beberapa siri persahabatan menyaksikan Hamidin percaya Kim Swee individu tepat untuk membawa Malaysia meraih kejayaan di Filipina.

“Kita dapat lihat skuad kebangsaan di bawah pimpinan beliau (Kim Swee) mampu menempa kejayaan. Ini juga membuka peluang kepada setiap pemain, untuk membuktikan kemampuan masing-masing," katanya selepas menyaksikan sesi latihan skuad B-22, di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini hari ini.

Pada sesi latihan tersebut, skuad B-22 negara mencatat kemenangan 3-0 dan 2-0 masing masing ke atas Northern Territory FC dan Western Australia FC dalam aksi persahabatan.

Kim Swee pernah menghadiahkan pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 dan pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Diundi dalam Kumpulan A, Malaysia akan memulakan kempen bertemu Myanmar pada Isnin, diikuti Filipina (29 November), Timur Leste (2 Disember) dan Kemboja (4 Disember).

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!