Penunjuk perasaan termuda didakwa di Hong Kong
HONG KONG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menjadi penunjuk perasaan paling muda berdepan tuduhan melakukan kekacauan awam.
Murid yang identitinya tidak didedahkan itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan kerana melakukan vandalisme ke atas Balai Polis Mong Kok dan laluan keluar di stesen MTR Prince Edward ketika protes pada 3 Oktober lalu ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret West Kowloon hari ini.
Peguam mewakilinya bagaimanapun meminta mahkamah memberi peluang kedua kepadanya kerana dia sangat kesal dengan perbuatannya kerana menconteng grafiti yang menyatakan slogan antikerajaan.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut ditahan ketika dalam perjalanan ke sekolah sehari selepas demonstrasi tersebut.
Lebih 5,000 diberkas sejak kumpulan prodemokrasi bermula di hab kewangan Asia tersebut pada Jun lalu.
Antara yang ditahan termasuk kanak-kanak dan remaja berumur antara 12 dan 15 tahun. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!