Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis: KPN

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberikan jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa polis sentiasa memerhatikan anggota militan Yazid Sufaat yang telah dibebaskan selepas menjalani tahanan selama dua tahun.

“Dia (Yazid) telah dibebaskan atas beberapa syarat dan kami yakin kami menjaga perkara itu dengan sebaiknya.

“Jangan risau mengenainya. Syarat yang ditetapkan kepadanya amat tegas dan ini akan membantu kami memerhatikannya,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan di sini hari ini.

Yazid yang mempunyai kaitan secara langsung kepada kejadian 11 September 2011 di Amerika Syarikat telah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor untuk tempoh dua tahun di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

Abdul Hamid berkata, polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.

“Kami tidak akan berhenti membantu mereka yang terlibat dalam apa-apa elemen sama ada Daesh atau LTTE atau apa juga bentuk elemen keganasan, untuk kembali kepada masyarakat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!