Tun Mahathir ucap selamat jalan kepada Imran Khan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersalaman dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bersalaman dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
SEPANG – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), malam ini.

Dr Mahathir dan Imran Khan berjabat tangan sebelum pemimpin Pakistan itu menaiki pesawat khas di Kompleks Bunga Raya KLIA untuk kembali ke Pakistan setelah selesai melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula semalam.

Pesawat berkenaan berlepas pada kira-kira 9 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang juga menteri pengiring.

Imran Khan melakukan lawatan sulung beliau ke Malaysia selepas menyandang jawatan perdana menteri pada Ogos atas jemputan Dr Mahathir.

Semasa lawatan itu, Dr Mahathir dan Imran Khan mengadakan perbincangan panjang lebar yang berlangsung dalam suasana mesra di sini.

Perbincangan mereka meliputi pelbagai isu dua hala, serantau, antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

Imran Khan menyampaikan jemputan kepada Dr Mahathir untuk melawat Pakistan pada Mac tahun depan bersempena sambutan Hari Pakistan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!