Permohonan ADUN Seremban Jaya tidak hadir diluluskan

Datuk Zulkefly Mohamad Omar
Datuk Zulkefly Mohamad Omar
A
A
A

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar hari ini meluluskan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zulkefly berkata, beliau telah menerima permohonan Gunasekaran (PH-Seremban Jaya) untuk tidak hadir persidangan DUN yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

"ADUN Seremban Jaya telah mengemukakan notis permohonan untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan pada 4 November lepas dan permohonan beliau saya luluskan," katanya ketika berucap pada Persidangan DUN di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sebelum ini, Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan atas pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!