Speaker DUN Melaka tolak ujian urin wakil rakyat
MELAKA TENGAH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Omar Jaafar menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menjalani ujian urin.
Keputusan itu dibuat setelah mendapati cadangan soalan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Ghazale Muhamad (BN-Rim) tiada dalam agenda yang dibahaskan dalam persidangan ketiga bajet penggal kedua DUN ke-14 hari ini.
Cadangan yang diajukan Idris kepada Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Loeng (DAP-Kota Laksmana) telah mencuri perhatian barisan ahli Dewan sebelum Chee Leong kemudian menjawab saringan ujian itu boleh dilakukan kepada semua wakil rakyat namun Ghazale adalah orang pertama yang akan menjalankan ujian tersebut.
Ghazale kemudian bangun menyatakan persetujuan dan kesediaan sebelum dicelah Idris yang turut menawarkan diri sebagai orang pertama untuk menjalani ujian itu namun akhirnya cadangan itu ditolak.
Terdahulu, menerusi soalan lisan yang diutarakan Ghazale mewakili Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) bertanyakan Chee Leong berhubung pelaksanaan kerajaan Melaka bagi membanteras gejala dadah di negeri itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!