Kapal berlabuh tanpa kebenaran ditahan
JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal jenis 'bulk carrier' kerana gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh pada kedudukan 3.5 nautika timur Tanjung Penyusop dekat Kota Tinggi semalam.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal itu didaftarkan di Kribi, Cameroon ditahan pada jam 2.30 petang.
Katanya, kapal berkenaan dikendalikan 23 kru warga Ukraine dan Rusia termasuk nakhoda masing-masing berumur dalam lingkungan 21 hingga 68 tahun.
"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran pengarah laut yang mana jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!