Kerajaan timbang wujud penjara swasta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mempertimbang untuk mewujudkan private prison atau penjara swasta bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, setakat ini kira-kira 74,000 banduan sedang menjalani hukuman di penjara seluruh Malaysia walaupun kapasiti sebenar hanya boleh memuatkan kira-kira 52,000 penghuni.

"Dalam tekanan kewangan kini, mungkin kita boleh mengkaji dan mempertimbang untuk mewujudkan private prison seperti yang dilaksana di United Kingdom (UK)," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kolokium Pembaharuan Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang dekat sini.

Menurutnya, beliau sempat melihat operasi penjara swasta semasa lawatannya ke UK baru-baru ini dan ia tidak memerlukan kerajaan untuk membina penjara baharu.

Jelasnya, perkara tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Penjara untuk membuat kajian daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil kajian kepada kementerian untuk dipertimbangkan.

Mohd Azis (depan di tengah) bergambar bersama peserta pada majlis penutupan Kolokium Pembaharuan Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang di sini hari ini.
Mohd Azis (depan di tengah) bergambar bersama peserta pada majlis penutupan Kolokium Pembaharuan Penjara di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang di sini hari ini.

"Sekiranya ia dilaksanakan, penjara berkenaan akan menempatkan banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan ringan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan untuk menaik taraf penjara lama di Malaysia, Mohd Azis berkata, tiga penjara iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan; Batu Gajah, Perak dan Seremban, Negeri Sembilan akan ditambah baik bermula pada tahun depan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiga lagi penjara iaitu di Taiping, Perak; Muar, Johor dan Pulau Pinang yang juga perlu diselenggara turut mendapat perhatiannya.

"Struktur bangunan berkenaan sudah terlalu lama dan kami akan mendapatkan peruntukan, jika boleh untuk tahun depan," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!