Perak perkenal Cukai Petak ganti Cukai Tanah

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan memperkenalkan Cukai Petak yang akan menggantikan Cukai Tanah bagi skim pembangunan strata.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan pengenalan cukai baharu itu bukanlah cukai tambahan dikenakan kepada rakyat sebaliknya ia berkaitan pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 yang dirancang kerajaan terdahulu pada tahun 2016.

Menurutnya, Cukai Petak dikenakan kepada semua berdasarkan keluasan petak dan petak aksesori.

"Cukai Petak juga akan meringankan beban Perbadanan Pengurusan (MC) untuk mengutip Cukai Tanah daripada setiap petak. Secara umumnya, Cukai Petak akan melibatkan sebanyak 512 skim (26,294 petak) berdasarkan data sehingga 30 Oktober 2019.

"Bagi skim kediaman secara keseluruhan hanya akan melibatkan peningkatan Cukai Tanah purata sebanyak 30 peratus. Walaupun begitu sebanyak 34 peratus (5,017 petak kediaman) tidak akan mengalami kenaikan cukai," katanya ketika menggulung ucapan Belanjawan Negeri 2020 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Sementara itu, bagi skim perniagaan pula, Ahmad Faizal berkata, sebanyak 8,272 petak akan melibatkan peningkatan Cukai Petak purata sebanyak 106 peratus.

Katanya, skim yang bersifat komersial pula hanya akan berlaku kenaikan purata di antara RM0.10 semeter persegi hingga RM1.55 semeter persegi bagi sesuatu petak setahun.

"Namun begitu, daripada jumlah tersebut sebanyak 20 petak perniagaan tidak akan mengalami kenaikan cukai.

Artikel Berkaitan:

"Secara umumnya, skim kos rendah serta skim yang berdensiti rendah tidak akan mengalami kenaikan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!