[VIDEO] Dua bekas murid beri hadiah 'rare' kepada Azizan Osman

Gambar yang memaparkan ucapan hari jadi kepada Azizan pada sebuah papan iklan di lebuh raya Lembah Klang.
Gambar yang memaparkan ucapan hari jadi kepada Azizan pada sebuah papan iklan di lebuh raya Lembah Klang.
A
A
A

KLANG - Dua bekas murid kepada pakar motivasi ulung, Dr Azizan Osman memberi kejutan hadiah paling terbaik kepada guru mereka itu hingga mampu dilihat oleh hampir penduduk di Lembah Klang.

Tuan Das Abdul pemilik bisnes Bantal Hotel 7 Bintang DAG dan Narul Khairil Anuar pemilik Unlimited Dreams Sdn Bhd, sebuah syarikat pengiklanan pada 14 November lalu telah membuat ucapan di papan iklan (billboard) di lebuh raya sempena hari kelahiran Azizan.

Tuan Das turut memuat naik video dan gambar tersebut di laman Instagram miliknya.

Menurutnya, perkara itu dilakukan bagi membalas jasa Azizan yang telah membimbingnya dari hanya seorang peniaga bantal di jualan but kereta sehingga mampu menjual satu juta bantal dalam tempoh tiga tahun.

“Hadiah ini tak cukup ‘gila’ dibandingkan dengan apa yang Dr Azizan Osman dah bantu kami semua. Beliau bantu kami ketika kami susah, beliau yang hadir ketika kami keseorangan, beliau yang didik kami ketika kami kena ejek.

"Dengan izin ALLAH SWT telah banyak kejayaan kami capai hasil bimbingan Dr Azizan Osman. Hanya ALLAH mampu balas budi dan jasa mereka semua. Dengan ini sedikit penghargaan dan tanda ingatan ikhlas dari kami.

“Apa yang kami capai dengan izin ALLAH SWT adalah berkat didikan dan tunjuk ajar dari Dr Azizan Osman. Hadiah ini untuk tunjuk kepada dunia betapa besarnya jasa mentor kepada kami dan secara jujur, billboard ini pun belum cukup nak balas dengan apa yang kami telah capai sepanjang bersama RichWorks,” tulisnya.

Sementara itu, Narul turut memuat naik ciapan perkara yang sama dalam memberi penghargaan kepada 'sifu' mereka yang telah membuatkan mereka berjaya sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian oleh Das Abdul di Instagramnya mengenai hadiah hari jadi kepada Azizan. Gambar kiri: Antara reaksi netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat oleh mereka yang melalui lebuhraya tersebut.
Perkongsian oleh Das Abdul di Instagramnya mengenai hadiah hari jadi kepada Azizan. Gambar kiri: Antara reaksi netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat oleh mereka yang melalui lebuhraya tersebut.

"Saya tak ada produk nak beri kepada Dr Azizan Osman seperti orang lain, saya tak mampu nak tunjukkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman melainkan dengan idea ini. Dr Azizan Osman sangat ambil berat tentang anak didiknya terutamanya ahli Titanium.

"Dr Azizan Osman pun tak pernah berkira dengan semua ahli Titanium, so kenapa saya nak berkira untuk berikan sesuatu yang hebat kepada dia... that is why (sebab itu) saya cakap dengan supplier (pembekal) dan Tuan Das Abdul, whatever it takes (apa sahaja diperlukan) kita kena make this happen (buat ini berlaku),” katanya.

Perkongsian video berdurasi seminit dan gambar-gambar papan iklan tersebut mendapat perhatian daripada warganet.

Rata-rata netizen yang menyaksikan kejutan itu turut kagum dengan hadiah paling ‘rare’ dan ‘besar’ sehingga mampu dilihat oleh mereka yang melalui lebuh raya tersebut.

"Terharu baca ucapan ini. Rose mampu bagi hadiah doa sahaja. Insya-ALLAH semoga dipermudahkan beri hadiah yang lagi gila-gila," tulis Nurraysabeautyselangor di Instagram.

Mdshaqib pula menulis, "Terbaik Tuan, semoga rezeki tak pernah berhenti untuk tuan dan DAG seperti derasnya air lautan."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!