Graduan bijaksana mampu jadi tonggak negara: Tun Juhar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, graduan yang bakal menjadi tulang belakang kepada pembangunan masyarakat dan negara perlu peka kepada perubahan semasa.

Selain itu, Juhar yang juga Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, graduan juga perlu sentiasa positif dan menyemai sikap integriti, menjadi hebat dalam berjuang serta tidak mudah luntur menghadapi cabaran.

"Dengan sikap yang utuh dan kental ini, graduan akan mampu meneruskan kegemilangan, mencipta tamadun baru untuk negara.

"Graduan yang bijaksana akan mampu membawa kemajuan dan menjadi tonggak kepada negara pada masa akan datang," katanya pada majlis konvokesyen UMS ke-21 di Dewan Canselori di sini hari ini.

Seramai 4,159 graduan UMS masing-masing menerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!