Pecah rumah: Seorang lelaki ditahan, dua lagi diburu

Barangan dipercayai milik suspek ditemui dalam kereta terbabit yang tular di laman sosial Facebook Info Bencana Pahang dan Luar Pahang. (Gambar kecil: Mohd Yusri)
Barangan dipercayai milik suspek ditemui dalam kereta terbabit yang tular di laman sosial Facebook Info Bencana Pahang dan Luar Pahang. (Gambar kecil: Mohd Yusri)
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki berjaya ditahan semalam berhampiran sebuah rumah di Taman Bukit Angin di sini selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah di daerah ini.

Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 28 tahun itu berjaya ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza hasil maklumat diperoleh daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek dipercayai sedang menunggu dua lagi lelaki lain yang sedang memecah masuk rumah di taman terbabit.

"Kita menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 9.30 pagi yang curiga dengan kehadiran dua lelaki terbabit depan sebuah rumah di taman berkenaan.

Suspek yang berjaya ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Alza berhampiran rumah terbabit.
Suspek yang berjaya ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Alza berhampiran rumah terbabit.

"Sebaik pihak polis tiba, dua lelaki terbabit melarikan diri sebelum pemeriksaan dilakukan dalam sebuah kereta Alza warna putih lalu menemui suspek terbabit," katanya h.

Menurutnya, suspek yang juga pemandu kereta itu ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan dan hasil semakan mendapati dia memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

"Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan awal mendapati rumah terbabit dimasuki penjenayah namun masih belum dapat mengenal pasti barangan yang hilang. kerana pemilik masih berada di Terengganu atas urusan kerja sejak seminggu lalu.

Artikel Berkaitan:

"Dua lagi suspek yang masih bebas berusia 20 dan 29 tahun dan siasatan lanjut sedang berjalan kemungkinan suspek-suspek terbabit dalam kes pecah rumah sebelum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!