Luqman sedia ambil alih tempat Safawi

Luqman (kanan) percaya mampu mengisi posisi ditinggalkan Muhammad Safawi. - FOTO: FAM
Luqman (kanan) percaya mampu mengisi posisi ditinggalkan Muhammad Safawi. - FOTO: FAM
A
A
A

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sedia mengambil alih tugas Muhammad Safawi Rasid selepas terpilih untuk beraksi bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) dalam saingan Sukan SEA di Filipina yang akan membuka tirainya, Isnin ini.

Menurutnya, beliau juga berterima kasih dengan pengendali B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee yang turut memilihnya dalam senarai 20 pemain sekali gus memenuhi impiannya untuk beraksi di Sukan SEA.

"Bagi saya tiada tekanan jika kena bermain di posisi Safawi dan sudah tentu saya akan buat yang terbaik untuk negara.

"Saya juga sanggup menggalas tugas mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan Safawi dan ia bakal menjadi satu pengalaman baharu untuk saya," katanya.

Sebelum ini, Kim Swee mengugurkan nama Muhammad Safawi daripada senarai pemain yang akan menggalas tanggungjawab memburu pingat emas di Sukan SEA Filipina.

Ketiadaan bintang Johor Darul Ta'zim itu membuka peluang buat Luqman Hakim yang mempunyai kelebihan untuk beraksi di posisi tersebut.

Dalam pada itu, Luqman Hakim juga percaya dia berada pada tahap terbaik dan mampu menjelmakan persembahan terbaik bersama skuad B-22.

Bagaimanapun, beliau masih memerlukan sedikit masa untuk membentuk keserasian dengan semua pemain B-22 dan menegaskan ia bukan masalah besar buat dirinya.

Artikel Berkaitan:

"Dari segi corak permainan B-22 ini lebuh kurang sama dengan B-19.Cuma untuk membentuk keserasian itu mungkin ambil masa sedikit.

"Namun, saya mahu fokus bermain di Sukan SEA ini dan saya akan buat lebih baik lagi untuk membantu negara mencipta kejayaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!