'Hiba lihat bapa bawa anak kecil tanpa lampu motor'

Bimbang keselamatan tiga beranak, wanita dikenali Miera Rosli sanggup mengekori dari belakang sambil menyuluhkan lampu kereta sepanjang perjalanan sebelum tiba di rumah tiga beranak itu.
Bimbang keselamatan tiga beranak, wanita dikenali Miera Rosli sanggup mengekori dari belakang sambil menyuluhkan lampu kereta sepanjang perjalanan sebelum tiba di rumah tiga beranak itu.
A
A
A

JITRA - Berusaha untuk terus berbuat baik dan membahagiakan keluarga dan orang lain serta belajar menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

Itu pengajaran yang dapat dikaitkan dengan perkongsian kisah seorang wanita dikenali Miera Rosli apabila membantu seorang bapa menunggang motosikal dalam keadaan gelap setelah lampu motosikal terpadam ketika dalam perjalanan dari Jitra ke Changlun, Kedah.

Katanya, hiba melihat si bapa terpaksa mendukung anak sedang lena di bahunya dan seorang lagi berada di dalam raga motosikal.

"Dalam keadaan gelap, ada motosikal dengan tiada lampu depan, belakang. Lagi hiba sambil bawa motosikal, dia dukung anak, kalau perasan anak tu sedang lena dipangku bahu ayah dia.

"Bukan seorang anak yang dibawa tapi dua, si kakak dalam raga motosikal. Kasihan si anak-anak sebab sejuk. Terdetik dalam hati nak pergi mana malam-malam ni, mana si isteri dia?," tulisnya.

Bimbang keselamatan tiga beranak itu, wanita itu mengekori dari belakang sebelum mempelawa untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah namun pelawaan itu ditolak dengan baik.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, wanita itu tetap mengekori dari belakang sambil menyuluhkan lampu kereta sepanjang perjalanan sebelum tiba di rumah tiga beranak itu.

Menurutnya, si bapa memberitahu lampu motosikalnya terbakar dalam perjalanan pulang dan sempat mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Paparan Facebook Miera Rosli tular di laman sosial.
Paparan Facebook Miera Rosli tular di laman sosial.

Tindakan wanita tersebut mendapat pujian ramai kerana keprihatinannya membantu mengiring tiga beranak selain mendoakan keluarga itu dimurahkan rezeki.

Kata Miera Amyliea, "Allahuakbar, kadang-kadang kita hanya nampak kesusahan kecil yang kita kena lalui sedangkan orang lain lebih berat."

Menurut Hidayah Din, ALLAH memberi kesenangan mahu pun kesusahan kerana itu adalah ujian buat kita.

"Begitulah nasib kita sebagai manusia, ada yang ALLAH limpahkan dengan kesenangan, ada ALLAH masih uji dengan kesusahan. Terus usaha, insya-ALLAH selepas susah pasti ada senang.

"Yakin dengan percaturan yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Macam saya, masih menyewa walaupun sudah 11 tahun kahwin, masih belum berkereta walaupun dah ada 3 orang anak.

"Nak pergi mana-mana kena tinggal lagi dua orang di rumah sebab nak gerak dengan motosikal sahaja. Hujan panas anak-anak tetap ke sekolah walaupun dengan motosikal sahaja tapi kami suami isteri masih gigih berusaha mencari rezeki, cukupkan untuk anak-anak. Insya-ALLAH, ada rezeki untuk kami nanti. Doakan kami sekeluarga ye semua...," luahnya.

Sehingga kini, posting itu mendapat lebih 2,600 tanda suka dan 1,500 perkongsian dari netizen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!