Dr Roslan dipilih Pengerusi Amanah Pulau Pinang baharu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu (dua dari kiri) bersama Mujahid (kiri) menyampaikan Jasamu Dikenang kepada Shariah Kulup Husin, 68, di atas jasa yang diberi oleh suaminya Allahyarham Yusof Hashim terhadap parti pada perasmian Konvensyen Amanah Pulau Pinang kali keempat hari ini. - Foto Bernama
Presiden Amanah, Mohamad Sabu (dua dari kiri) bersama Mujahid (kiri) menyampaikan Jasamu Dikenang kepada Shariah Kulup Husin, 68, di atas jasa yang diberi oleh suaminya Allahyarham Yusof Hashim terhadap parti pada perasmian Konvensyen Amanah Pulau Pinang kali keempat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengumumkan Ketua Kawasan Amanah Nibong Tebal, Dr Roslan Ahmad telah dipilih sebagai pengerusi parti yang baharu untuk negeri ini.

Mujahid berkata, Konvensyen Amanah Pulau Pinang yang berlangsung dan dirasmikan hari ini berjalan lancar dan Dr Roslan telah dipilih untuk memimpin Amanah negeri.

"Alhamdulillah, Konvensyen Pulau Pinang yang mengguna pakai sistem e-undi telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan para perwakilan telah memilih 17 calon sebagai Ahli Jawatankuasa negeri," katanya kepada pemberita dalam satu majlis Sembang Santai Suatu Ketika Dahulu 'Cherita Acheen Street' di sini.

Beliau berharap barisan pimpinan yang baharu itu akan meneruskan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri pada masa hadapan.

"Amanah merupakan parti komponen dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mereka harus membuktikan keupayaan mereka daripada tiada kerusi sebelum ini, kami berjaya mendapat dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan tumpuan kepada tugas parti di peringkat pusat selepas menolak daripada dicalonkan untuk mempertahankan jawatannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!