Internet laju faktor 'scammer' pilih Cyberjaya: Penganalisis

Seramai 680 warga China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.
Seramai 680 warga China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sindiket penipuan antarabangsa memilih Cyberjaya mungkin kerana lokasi itu terkenal sebagai bandar teknologi maklumat yang mempunyai kemudahan infrastruktur asas seperti jaringan dan perisian komputer.

Penganalisis jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar memaklumkan lokasi itu juga mungkin mempunyai sistem internet yang bagus dan hab teknologi maklumat.

"Penjenayah juga mungkin mempunyai alat dan teknologi supaya orang lain tidak boleh mengesan aktiviti jenayah mereka," katanya.

Akhbar turut menggesa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan yang lebih ketat ke atas pelancong ke negara ini bagi membanteras aktiviti jenayah seperti sindiket penipuan.

"Imigresen perlu lebih tegas ketika melaksanakan tugas mereka dalam memastikan pelancong yang datang ke sini untuk melancong bukan terlibat dengan aktiviti jenayah," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen perlu meletakkan pegawai yang berintegriti tinggi di pintu masuk negara.

Rabu lalu, Imigresen menumpaskan satu sindiket scam terbesar di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.
Rabu lalu, Imigresen menumpaskan satu sindiket scam terbesar di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

"Individu itu juga mampu 'membaca' bahasa badan supaya mereka dapat mengesan pelancong yang mencurigakan.

Artikel Berkaitan:

"Pegawai itu perlu terlatih dan perlu ditukarkan setiap tiga tahun, terutamanya di pintu masuk negara yang berisiko tinggi," katanya.

Menurutnya, ramai rakyat Malaysia diusir oleh negara-negara yang mempunyai prosedur kemasukan sempadan yang ketat.

"Mereka diusir apabila tujuan mereka ke negara itu menimbulkan persoalan. Oleh itu, kita harus melakukan perkara yang sama untuk menghalang negara ini menjadi destinasi pilihan untuk sindiket penipuan," katanya.

Pada Rabu lalu, Imigresen menumpaskan satu sindiket scam di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, dalam serbuan yang dilakukan pihaknya pada jam 11 pagi itu, seramai 680 warga China termasuk 77 wanita masing-masing berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan dengan kekuatan 150 pegawai penguatkuasa dan turut merampas 8,230 telefon bimbit, 174 komputer riba dan 787 komputer peribadi.

Katanya, kesemua warga China yang ditahan dipercayai menjalankan aktiviti penipuan dalam kalangan rakyat China.

ARTIKEL BERKAITAN Scam: Imigresen tahan 680 warganegara China

Pejabat 'scammer' warga China berbau busuk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!