Kepimpinan baik bawa kualiti moral yang tinggi

Sultan Nazrin - Foto fail Bernama
Sultan Nazrin - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan yang baik bukan sahaja mengenai wawasan ataupun wawasan berubah menjadi tindakan tetapi ia juga kualiti moral yang penting seperti integriti dan kejujuran di pejabat awam, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah.

Baginda yang juga Sultan Perak bertitah, Perdana Menteri Malaysia yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah individu yang mempamerkan ciri itu dengan begitu jelas.

Baginda bertitah, Abdul Razak menolak semua bentuk rasuah dan begitu taksub hinggakan tidak satu sen pun duit dana kerajaan digunakan untuk membayar keperluan peribadinya.

“Malahan, beliau memang sangat diingati kerana menegur para pegawainya yang tersilap meletakkan nilai satu tiub ubat gigi dalam bil kerajaan ketika dalam lawatan rasmi ke luar negara,” titah baginda ketika merasmikan penjenamaan semula sebuah dewan syarahan di Blavatnik School of Government (BSG), Universiti Oxford kepada nama baharu ‘Tun Razak Lecture Theatre’ di United Kingdom semalam.

Satu salinan teks ucapan baginda disediakan kepada Bernama.

Sultan Nazrin, yang juga alumni Worcester College, Oxford University bertitah, adalah menjadi satu penghormatan besar kepada Abdul Razak yang dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia apabila dewan itu dinamakan sempena Allahyarham.

"Oleh itu, peringatan kepada seorang daripada Bapa Pengasas Malaysia bagi dewan ini sememangnya adalah haknya.

"Dengan semangat untuk tadbir urus yang baik dan sangat prihatin terhadap kebajikan mereka yang kurang bernasib baik, Tun Razak sudah pastinya akan merasa seperti berada di rumah di sini di BSG.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat begitu ramai ‘menyetujui’ wawasan BSG iaitu 'a world better led, a world better served and a world better governed’ dengan wawasan Tun Razak sendiri untuk negaranya dan di dalam dewan syarahan ini, wawasan yang sama itu sudah pastinya akan diterapkan dalam fikiran dan hati ramai bakal generasi pemimpin akan datang," titah baginda.

Baginda melahirkan rasa terharu dan melihat terdapatnya keinginan perkhidmatan awam untuk menerapkan nilai-nilai murni BSG ke dalam wawasannya. Tun Razak tidak sangsi lagi telah buktikannya!

"Kehadiran beliau dalam tujuh tahun yang singkat itu membuatkan Blavatnik School of Government dapat mendidik dan melahirkan ramai individu yang kini berperanan sebagai pemimpin di seluruh dunia.

"Dengan ikhlas Beta berharap pencapaian dan idealnya lelaki luar biasa ini, Tun Razak – kini dengan sempena nama dewan syarahan ini akan memberi inspirasi kepada semua mereka yang masih belum lulus dari institusi yang berprestij ini untuk menjadi pemimpin, mereka yang berwawasan dan penjawat awam untuk hari esok.” - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!