China sedia bantu Malaysia lumpuh sindiket scam babit warganya

Laporan Sinar Harian berkaitan rangkaian sindiket jenayah rentas sempadan yang menggemparkan negara melibatkan rakyat China.
Laporan Sinar Harian berkaitan rangkaian sindiket jenayah rentas sempadan yang menggemparkan negara melibatkan rakyat China.
A
A
A

KUALA LUMPUR - China sedia membantu pihak berkuasa Malaysia melumpuhkan rangkaian sindiket jenayah rentas sempadan yang melibatkan rakyatnya, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Bantuan itu termasuk perkongsian maklumat berhubung sindiket besar penipuan pelaburan dalam talian yang ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.

“Kami sedia menawarkan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat dalam mengenal pasti 680 suspek warga China dan sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam melumpuhkan sebarang jenayah merentas sempadan, termasuk dalam kes ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Scam: Imigresen tahan 680 warganegara China

Cyberjaya ibarat 'Chinatown'

Imej negara tercalar angkara sindiket penipuan

Beliau yang ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Program Bicara Duta Bersempena dengan 45 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini berkata, kesemua suspek yang terlibat dengan kes penipuan dalam talian terbabit patut dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara ini jika dibuktikan bersalah.

“Kami menyokong penuh operasi berkenaan kerana dasar kami adalah menentang mana-mana warga China menjalankan kegiatan jenayah biar di mana mereka berada dalam dunia. Kami merasakan mereka harus dihukum mengikut undang-undang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bai Tian berkata, setakat ini pihak kedutaan belum dihubungi oleh mana-mana ahli keluarga suspek namun bersedia memberikan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan negara ini.

Rabu lepas Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berpusat di China dengan menahan 680 warga China yang menjalankan operasi aktiviti berkenaan di Cyberjaya.

Tangkapan besar-besaran itu dilakukan selepas pasukan imigresen menggempur tingkat enam sebuah bangunan yang dipercayai menjadi pusat panggilan aktiviti penipuan yang menyasarkan penduduk negara China sebagai mangsa.

Kesemua suspek iaitu 603 lelaki dan 77 wanita itu memasuki negara menggunakan pas lawatan sosial, dengan hampir kesemuanya tidak dapat menunjukkan pasport dan dokumen pengenalan diri ketika ditahan, dan kini mereka direman selama 14 hari. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!