[VIDEO] Berpuluh kedai terbakar, tapi naskhah al-Quran ini...

Sebanyak 30 buah kedai musnah dalam kebakaran namun senaskah al-Quran masih dalam keadaan elok tular di laman sosial.
Sebanyak 30 buah kedai musnah dalam kebakaran namun senaskah al-Quran masih dalam keadaan elok tular di laman sosial.
A
A
A

SULAWESI TENGGARA - Tular satu rakaman memaparkan senaskhah al-Quran dan beberapa buku agama tidak hangus sedangkan barangan lain di sekelilingnya musnah terbakar dalam kebakaran puluhan kedai di pergudangan Jambatan Batu Kota Baubau, Sulawesi Tenggara, Indonesia baru-baru ini.

Video durasi 1 minit 9 saat itu dimuat naik di Facebook milik Achy Nur Samsi di laman sosial meraih sehingga 1 juta tontonan.

Ternyata posting tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan daripada mereka kagum dengan keajaiban yang berlaku.

Kandungan al-Quran dan buku-buku terbabit masih kelihatan baik tanpa ada satu ayat pun terkena api walhal segala peralatan dan logam yang berada di kawasan itu hangus dijilat api.

Memetik Sultrakini, pasukan penyelamat Kota Baubau, Cici Ermita Saimun memberitahu kebakaran itu melibatkan 30 buah kedai dan ia luar biasa namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, netizen memberitahu perkongsian itu membuktikan kebesaran ALLAH SWT.

Kata Lala Lala, "ALLAH berkuasa atas segalanya, Alhamdulillah."

"Al-Quran tidak terkena api sedikit pun, masya-ALLAH." tulis Achy Nur Samsi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!