Pendingin hawa Jabatan X-ray HKL terbakar

Anggota bomba membuat pemeriksaan di Jabatan X-ray HKL selepas pendingin hawa di bilik tersebut terbakar sebentar tadi.
Anggota bomba membuat pemeriksaan di Jabatan X-ray HKL selepas pendingin hawa di bilik tersebut terbakar sebentar tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana Hospital Kuala Lumpur (HKL) cemas seketika selepas berlaku kebakaran di Jabatan X-ray hospital itu sebentar tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Amrdan Mahat berkata, kejadian melibatkan kebakaran pendingin hawa yang musnah 20 peratus dilaporkan berlaku jam jam 7.55 malam.

Menurutnya, kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

"Seramai 50 anggota dari BBP Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Kawasan terjejas berkeluasan 272 kaki persegi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!