The Special One mula langkah kanan
JOSE Mourinho memulakan kembali kariernya di Tottenham dengan kemenangan selepas menewaskan West Ham 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London, sebentar tadi.
Jaringan Son Heung-Min, Lucas Moura dan Harry Kane memastikan The Spurs dibawah kendalian bekas pengendali Manchester United berusia 56 tahun berkenaan kembali ke landasan kemenangan.
Tiga mata terakhir dilakar The Spurs adalah pada 20 September lalu ketika menewaskan Southampton 2-1 di Stadium Tottenham Hotspur, London.
Pelawat mendahului babak pertama 2-0 hasil jaringan Heung-Min pada minit ke-36 dan Moura (43).
Bersambung babak kedua Kane melebarkan jaringan pelawat sebelum The Hammers kembali merapatkan jurang hasil ledakan Michail Antonio (73) dan Angelo Ogbonna pada masa kecederaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!