Pesanan penuh emosi buat The Spurs
BEKAS pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino meninggalkan pesanan selamat tinggal kepada skuad The Lilywhites itu.
Pesanan penuh emosi itu dikongsi pembantu Pochettino, Jesus Perez di laman sosial Twitter.
Perez berkongsi pesanan yang ditulis Pochettino di atas papan taktikal pasukan selepas beliau tidak dapat menemui setiap pemain Spurs.
“Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua. Kami tidak boleh ucapkan selamat tinggal, anda sentiasa berada di hati kami,” kata Pochettino.
Rabu lalu, Pochettino dipecat gara-gara prestasi hambar Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang menyaksikan mereka kini berada di tangga ke-12.
Masa depan Pochettino yang berjaya membimbing The Lilywhites mara ke final Liga Juara-Juara musim lalu telah menjadi tajuk utama media sejak beliau meninggalkan Spurs.
Pochettino kini dikaitkan dengan juara Bundesliga, Bayern Munich selain Manchester United, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) yang turut dilapor mahu mendapatkan khidmatnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!