Pemimpin DAP langgar disiplin parti tak layak pegang jawatan

Kor Ming ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak hari ini.
Kor Ming ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - DAP tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang melanggar disiplin dan arahan parti berikutan mereka tertakluk kepada perlembagaan serta disiplin dalam parti.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menegaskan setiap jawatan dalam kerajaan dicalonkan parti dan ahli yang gagal mematuhi arahan parti tidak layak memegang sebarang jawatan.

"Perlu ditegaskan daripada menteri sehingga ketua kampung mereka wajib akur kepada arahan parti.

"DAP tidak akan berkompromi dengan mereka yang bersikap seperti kacang lupakan kulit kerana ini bukan budaya kita," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Konvensyen DAP Perak yang dirasmikan Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Lim Kit Siang di sebuah hotel di sini hari ini.

Sementara itu, Kor Ming menegaskan bahawa DAP adalah parti yang bersih, berdisiplin dan bermaruah dan setiap ahli DAP diingatkan tidak menghina parti dengan melanggar disiplin.

"Mereka perlu bertanggungjawab penuh jika dikenakan tindakan. Apabila buat salah dan tindakan disiplin dikenakan, jangan salahkan orang sebaliknya tepuk dada tanya selera," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!